Anak kelahiran kluang Johor yang memastikan
dunia fesyen adalah hala tuju nya menjadikan beliau berjaya sebagai
graduan Fakulti Senireka & Senilukis di Universiti Teknologi Mara
(UiTM) pada tahun 1999 dalam
jurusan Senireka Fesyen.
Dengan meraih 2 Anugerah Fesyen (The sixth Brother Cup China Young
Fashion Designer Contest di Beijing China pada tahun 1998 dan Juara
Anugerah Benang Emas pada tahun 2002 – anjuran majalah Jelita)
mengharapkan Adnan Hassan mampu membuat sesuatu kejutan untuk dunia
fesyen tanahair.
Rekaan jeans terpakai yang cuba dieksprestasikan sejak di bangku sekolah
lagi nampaknya menjadi. Maka lahirlah sesuatu yang unik lagi bergaya
dan segar dalam fesyen terkini samada dalam bentuk pakaian
kasual, pejabat atau evening.
|
Semenjak itu rekaan berteraskan denim Adnan Hassan sering
menjadi jemputan dalam menghiasi muka depan majalah-majalah hiburan
dan akhbar tempatan yang digayakan oleh artis dan selebriti terkenal
tanahair. Ianya
umpama promosi jenama ADNAN HASSAN yang agak besar impaknya, sehingga
digelar
Raja Denim dalam reviu akhbar tempatan.
Permulaan positif kariernya sebagai seorang pereka fesyen di Malaysia.
Selebriti terkenal Nasha Aziz yang manggayakan rekaan
jeans terpakai Adnan Hassan pada malam Anugerah Era 2002 mendapat
liputan meluas media, komen
dan reviu yang positif sekaligus memperkenalkan label dan jenama
ADNAN HASSAN di mata dunia fesyen tempatan.
Ilham ADNAN HASSAN yang tidak terhad, terus ghairah
dalam hasil karya seni fesyennya menggayakan selebriti-selebriti
terkenal Malaysia. Trademark ‘unfinished’ denimnya semakin
menjadi ikutan.
Ditambah lagi dengan kemunculan MAWI di malam pertandingan akhir
Akademi Fantasia 3, dalam rekaan berjaket labuh ala ‘matrix’ tetapi
nusantara dan jaket courduroy olive menjadi sebahagian sejarah
ADNAN HASSAN.
Terkini, farawahida yang mirip kajol juga tidak melepaskan
peluang untruk bergaya ranggi sepenuhnya dalam sentuhan funky Adnan
Hassan dalam Album “Tanpamu” menjadikan
jenama ini terus berkeyakinan. Adam, Nurul Ajai, Ezlyn, Anita Sarawak,
Erra Fazzira, KRU, dan ramai lagi terus memberi sokongan untuk beliau
terus berkarya dalam seni fesyenya yang eksperimen dan versatile
ini.
|